Kesan-kesan Masalah Laku dan Disiplin (David Lee Kie Ing)

Pengenalan

Pada masa kini masalah tingkah laku dan disiplin semakin meluas dan sukar dikawal. Oleh itu, masalah tingkah laku dan disiplin telah mendatangkan kesan buruk kepada pelbagai pihak.

 

Kesan masalah tingkah laku dan disiplin kepada pelajar

1. Keruntuhan akhlak

Kesan masalah disiplin kepada pelajar adalah keruntuhan akhlak. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila pelajar  mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin maka pelajar tersebut tidak bermoral dan akan hubung kait dengan keruntuhan akhlak. Pelajar itu juga akan menjadi kurang sopan apabila dia menjalankan sosial dengan dengan orang lain. Sebagai contoh jika seseorang pelajar itu sentiasa terlibat dengan kes buli, maka dia akan terdorong untuk membuli orang lain.

 

2. Prestasi pelajar merosot

Kesan masalah disiplin kepada pelajar adalah prestasi pelajar merosot. Apabila pelajar mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin seperti ponteng kelas, mengganggu proses pengajaran guru, bergaduh dalam kelasa dan lain-lain akan menjejaskan prestasi akademik pelajar tersebut dan pelajar lain. Sebagai contoh, jika pelajar itu kerap ponteng kelas, maka ia akan selalu tidak hadir ke dalam kelas apabila sesi pembelajaran bermula. Ini akan menyebabkan pelajar itu ketinggalan akademik dan keputusan peperiksaan akan merosot.

 

3. Imej pelajar merosot

Kesan masalah disiplin kepada pelajar adalah imej seseorang pelajar itu merosot. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila pelajar mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin di sekolah maka akan hubung kait dengan ibu bapanya bahawa tidak mengajar moral kepada anaknya. Ibu bapanya akan dipanggil ke sekolah untuk jumpa guru disiplin dan nama pelajar tersebut akan menjdikan ramai pelajar lain tahu bahawa pelajar tersebut bermasalah serta dipandang rendah oleh orang lain. 

 

Kesan masalah tingkah laku dan disiplin kepada sekolah

1. Prestasi sekolah merosot

Kesan masalah disiplin kepada pelajar adalah pretasi sekolah merosot. Hal ini dikatakan demikian kerana budaya masalah disiplin secara berterusan akan menyebabkan teladan yang buruk kepada junior. Sebagai contoh, senior selalu membawa rokok menghisap rokok di tandas dan junior ternampak juga akan mengikut senior menghisap rokok di sekolah. Dengan ini kesalahan pelajar ini akan dicatat dalam buku disiplin sekolah. Apabila rekod masalah disiplin sekolah terlalu tinggi akan memberi kesan kepada imej dan kedudukan sekolah di antara daerah. Kesannya, ibu bapa tidak rela menghantar anaknya ke sekolah tersebut.


Kesan masalah tingkah laku dan disiplin kepada masyarakat

1. Gejala sosial 

Kesan masalah disiplin kepada masyarakat adalah gejala sosial. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin semenjak  sekolah akan mudah dipengaruhi dengan gejala sosial seperti merompak, mencuri, menyamun, vandlisme, rogol, buang bayi, melepak, berlumba haram dan sebagainya.Dengan ini kes-kes jenaya dalam masyarakat meningkat menyebabkan ekonomi, politik dan lain-lain tidak stabil.

 

2. Perpaduan dalam masyarakat terjejas

Kesan masalah disiplin kepada masyrakat adalah perpaduan dalam masyarakat terjejas. Apabila pelajar melibat dengan gejala sosial maka susah mengudur diri daripada gejala sosial. Kesannya pelajar tersebut akan membawa tindak laku dan disiplin yang teruk ke masyarakat.  Apabila pelajar tersebut mempunyai masalah disiplin susah berinteraksi dengan masyarakat maka menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Gejala sosial seperti kejadian pergaduhan sesama ahli kongsi gelap semakin berleluasa, masalah pecah rumah, rompak yang semakin kerap berlaku akan menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain dalam masyarakat. Kesannya perpaduan dalam masyarakat agak sukar mencapai.

 

Penutup

Kesimpulannya masalah tingkah laku dan disiplin akan mendatangkan keburukan kepada pelajar, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Dengan semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengurangkan masalah yang akan dihadapi oleh pelajar semasa di sekolah.

 

Rujukan

1.         Mencari Nur (2011,May 3) Mencari Kemanisan Iman. Diperoleh daripada mencarinur90.blogspot.com)

2.         Idasurayasabirin (2020,June 21) kesan masalah disiplin kepada pelajar, sekolah dan masyarakat. Diperoleh daripada Kesan masalah disiplin kepada pelajar, sekolah dan masyarakat


Comments