Posts

Kesan-kesan Masalah Laku dan Disiplin (David Lee Kie Ing)

Pengenalan Pada masa kini masalah tingkah laku dan disiplin semakin meluas dan sukar dikawal. Oleh itu, masalah tingkah laku dan disiplin telah mendatangkan kesan buruk kepada pelbagai pihak.   Kesan masalah tingkah laku dan disiplin kepada pelajar 1. Keruntuhan akhlak Kesan masalah disiplin kepada pelajar adalah keruntuhan akhlak. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila pelajar   mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin maka pelajar tersebut tidak bermoral dan akan hubung kait dengan keruntuhan akhlak. Pelajar itu juga akan menjadi kurang sopan apabila dia menjalankan sosial dengan dengan orang lain. Sebagai contoh jika seseorang pelajar itu sentiasa terlibat dengan kes buli, maka dia akan terdorong untuk membuli orang lain.   2. Prestasi pelajar merosot Kesan masalah disiplin kepada pelajar adalah prestasi pelajar merosot. Apabila pelajar mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin seperti ponteng kelas, mengganggu proses pengajaran guru, bergaduh dalam kelasa da